Tuesday 31 January 2012

Kerabu Pucuk Putat


Kerabu pucuk putat....

saya tak ada mangkuk cantik..nanti bercuti ke Langkawi boleh shopping 

Kerabu adalah menu sihat kerana tidak mengandungi minyak dan tidak perlu dimasak pun. kan jimat bila pilih lauk jenis kerabu begini. Ada dua jenis pokok putat iaitu putat merah dan putat hijau. pucuk daun putat hijau sesuai dibuat ulam dan kerabu. Putat merah pucuk daunnya terasa amat kelat dan buah mudanya dibuat ulam sama ada ulam mentah atau direbus. saya suka buahnya digoreng dan dibuat sambal tumis.
Mudah saja nak buat kerabunya. potong halus-halus pucuk putat tu dan campurkan dengan sambalnya.

  • potong serai dan lengkuas - tumbuk dengan cili padi dan bawang merah.
  • masak sardin tanpa minyak - hancurkan dan gaulkannya dengan bahan di atas
  • campurkan kerisik, gula, garam dan jus asam jawa - perasakan
  • potong bawang besar dan gaul semua sebati dengan pucuk putat 
  • siap 


ini rupa buah putat...cantik buah dan bunganya yang berjuntai
gambar dari gooogle



Kerabu Tembikai





-tembikai tak dipotong habis, masih ada saki baki merahnya tu. sayang nak dibuang...kalau bela lembu boleh bagi makan kat lembu. Ayam pun dah tak nak makan ni...
+buat kerabu..(kata emak)

Gunakan sudu dan kikiskan isi sisa tembikai yang masih ada tu, buat kerabu...ok!. 
potong bawang besar dan cili padi. serta campurkan sedikit belacan. Nah! dah siap satu jenis lauk.
sedap jugak ni



Thursday 12 January 2012

Acar Rempah Sotong Kering



Bahan-bahannya:
5 keping sotong kering 
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 sudu kecil biji ketumbar
3 kuntum bunga cengkeh
2 biji timun
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
8 biji lada kering
10 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1/4 cawan kelapa parut dijadikan kerisek
sedikit garam, cuka, kunyit dan kayu manis



cara-cara


  • Sotong direndam hingga lembut, cuci bersih dan dipotong kecil. 
  • Timun di potong empat, buang empulurnya dan potong kecil-kecil 
  • Bawang besar dibelah enam. Lada merah dan lada hijau dibelah dua tak terputus. direndam dengan air garam selama lima minit. 
  • Ketumbar, lada kering, jintan manis, jintan putih disangai dan giling, 
  • bawang merah dan halia dimayang halus. 
  • panaskan minyak, tumis bawang dan halia, masukkan rempah dan masak hingga pecah minyak
  • campurkan kerisek, kulit kayu manis, bunga cengkeh, sotong dan garam. 
  • Masukkan sedikit air dan selepas sotong empuk, masukkan timun, cuka, bawang, lada merah dan lada hijau. Masak dan perasakan

*nota nusrah
-kali kedua menderhaka resepi..kali pertama masa buat aiskrim SINI
 tak masukkan timun. rempah asalnya perlu digiling, tapi saya kisar...ampun mak